Bahasa(kan) Melayu
This entry is written in Malay to reach its proper target audience.
Kaum Hawa adalah hamba Allah, bukan hamba kaum Adam.
Aku bingit dengan keadaan di rumah, dan bukan rumahku sahaja yang mengalami fenomena ini. Aku bukan feminis tapi hanya hamba Allah yang menuntut keadilan.
Hak wanita.
Kini zaman, sudah berubah dan engkau sebagai lelaki, jantan negara, mestilah juga tukar pemikiran. Mana boleh si isteri pergi kerja pagi petang siang malam, balik rumah cuci kain, masak, cuci pinggan kemas rumah selagi gus.
Aku bingit dengan cara si isteri pulak membela si kaum adam.
Mana dia tau beli bawang. Kau bangun la pergi pasar. Dia mana tahu pergi pasar.
KALAU TAK AJAR, MANA NAK TAHU.
Kalau si adam boleh tidur sampai tak bangun tiga hari, kenapa mesti aku dibelasahi bila terbitnya matahari.
Bila suruh belajar, anak perempuan yang menara gading. Anak lelaki tak pe, main bola pun boleh kaya apa. Bila cakap pasal kahwin, suruh di cari anak melayu tulen.
Tapi probability female graduate to male graduate tak in sync la mak.
Bagiku, kalau si ibu hendak di layan adil oleh si bapa, mestilah beri keadilan kepada si anak perempuanya.
Inilah al kisah rumah tangga.
Cakaplah apa engkau nak capak, yang terang aku bukan hamba engkau, Adam.
Translation will be made upon personal request only.